Senin, 06 Juli 2009

tolak fatwa albani tentang musik

Seorang hamba Allah yang prihatin dengan kepentingan umat Islam memaparkan fatwa-fatwa orang-orang di atas. Sekiranya apa yang terpapar itu benar, kita berasa sangat sedih kerana fatwa-fatwa tersebut dengan sewenang-wenangnya menghukum berdosa kepada banyak umat Islam termasuklah para pendakwah yang terlibat dengan seni nyanyian dan muzik. Sekiranya tidak benar, maka bolehlah diabaikan saja ulasan di bawah nanti. Saya rasa terpanggil untuk menjelaskan kedudukan seni nyanyian dan muzik ini kerana saya dapati keputusan yang dikeluarkan oleh mereka jauh terseleweng. Kebetulan saya ada menjawab persoalan tentang hukum bermain gitar yang isis kandungannya selaras dengan isu ini. Maka saya sesuaikan artikel itu untuk menolak keputusan di atas.
Anda bandingkan keputusannya, kemudian jawab soalan ini:
Berdosakah orang yang menyanyi dan bermain alat muzik?
1. Berdosa (Fatwa Utsaimin, Albani, Fauzan & Najmy)
2. Tidak berdosa selagi tidak bercampur maksiat (pandangan saya
3.ULAMA-ULAMA YANG MENGHARUSKAN PENGGUNAAN SEMUA JENIS ALAT MUZIK , APATAH LAGI NYANYIAN-NYANYIAN YANG BAIK:
(Secara langsung ataupun tidak langsung)
Hujjatul Islam Imam al-Ghazali
Dr. Yusuf al-Qaradhawi
Dr. Abdul Karim Zaidan
Abdullah bin Zubair
Abdullah bin Umar
Imam asy-Syaukani
al-Qadhi Abu Bakar bin al-Arabi
Ibnu Hazm
Dr. Mohammad Imarah
Dr. Kaukab ‘Amir
Ibn Tahir Al-Qaisarani
Abdul Ghani An-Nablusi
Al-Kamal Jaafar Al-Idfawi Asy-Syafie
Al-Imam Mohd. Asy-Syazili At-Tunisi.
Al Adiib Abu 'Umar Al Andalusi
Abdullah bin Ja'far
Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat
Ustaz Abdul Hadi Awang
Al Mawardi
Muawiyah
Amru al-Ass
Imam Malik
Ibnu Tahir
Imam al-Haramain
Ulama-ulama Madinah
Ulama-ulama Zahiri
BERIKUT ADALAH HUJAH-HUJAH PARA ULAMA DI ATAS:
HUJJATUL ISLAM IMAM AL-GHAZALI
Menurut Imam Al-Ghazali, tidak ada keterangan yang jelas dari sunnah Nabi SAW yang melarang penggunaan alat muzik. Menurutnya, setiap instrumen muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak dilarang, malah ianya tidak lebih dari kemerduaan suara burung.
Seni musik yang dilarang kepada umat Islam ialah sekiranya ia bersekongkol di dalam keadaan yang bercampur dengan kumpulan peminum arak, penzina dan lain-lain perbuatan dosa.
(Hj. Abd. Ghani Samsudin, Ishak Hj. Sulaiman, Dr. Engku Ismail Ibrahim, "Seni Dalam Islam", Intel Multimedia & Publication, P.J, 2001, hal. 34-39.)
Kesimpulan- Menurut Imam Ghazali, semua alat musik boleh digunakan asalkan ia tidak melibatkan perkara-perkara maksiat.Al-Imam Hujjatul Islam, Abu Hamid Al-Ghazali telah membincangkan permasalahan hukum nyanyian dan muzik dengan panjang lebar dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin dalam juzuk yang kelapan bahagian Al-Adat. Al-Ghazali di dalam perbincangannya telah membahaskan hukum muzik dan alatnya daripada pelbagai sudut sebelum mengeluarkan pandangannya. Beliau tidak hanya berpegang dengan zahir nas malah cuba menggali di sebalik nas, sebab dan ‘illah diharamkan beberapa alat muzik sebagaimana yang disabdakan oleh junjungan besar Nabi SAW dalam hadith-hadith Baginda. Ini bertitik tolak daripada pegangan beliau bahawa nyanyian dan muzik adalah kelazatan-kelazatan dunia yang asalnya adalah halal dan harus. Al-Ghazali menegaskan sebab pengharaman alatan yang dipetik (seperti gitar) dan ditiup (seperti serunai) sebagaimana yang disebut dalam hadith Nabi SAW bukan kerana alatan tersebut menimbulkan kelazatan kepada pendengar. Sekiranya demikian sudah tentulah diharamkan semua jenis suara atau irama yang membangkitkan kelazatan kepada pendengar. Kerongkong manusia, gendang, rebana kecil (duf) dan binatang-binatang seperti burung mempunyai potensi untuk menghasilkan irama-irama merdu yang mampu membangkitkan kelazatan di dalam sudut hati pendengar. Walau bagaimanapun Islam tidak mengharamkan suara-suara tersebut.Oleh itu Al-Ghazali menyatakan sebab pengharaman alatan yang disebut di dalam hadith-hadith Nabi SAW adalah kerana alatan-alatan tersebut biasa digunakan oleh ahli-ahli fasiq, maksiat dan peminum-peminum arak dan menjadi syiar mereka.

1 komentar:

  1. q bingung,krna 1 berbanding 4.imam al-ghazali n 4 madzhab.

    BalasHapus