Selasa, 07 Juli 2009

kongsi ilmu ttg hukum laut mati dan bnyak lagi..

(1)Hukum menggunakan laut mati
Maka jawabnya ulama-ulama’ berkata makruh kita menggunakan air laut mati kerana laut itu telah di laknat oleh Allah dan para malaikat kerana dosa liwat kaum di negeri itu.
Jika kita melalui di laut mati negeri lut maka sunat berjalan dalam keadaan menunduk dan memohon ampun, istighfar kepada Allah, risau terkena lagi baki-baki bala dan jangan diguna laut mati ini.
Pakar-pakar kaji tanah telah membuat kajian di bumi negeri lut, di jordan bahawa rupa-rupanya tanah yang di atas memang berada di bawah sehingga tidak sesuai untuk tanaman-tanaman di situ. Allah laknat negeri itu sehingga laut itu sekarang dipanggil laut mati, tiada ikan atau seumpamanya yang boleh hidup di situ.
Jika mahu menggunakan air yang berkat, ada disebut dalam sebuah kitab jawi yang diantara air-air yang berkat ialah air sungai nil, air dimana diperhanyutkan Nabi Musa a.s. dalam bakul sehingga ke pinggir tangga belakang istana fir’aun. Allah tidak laknat sungai nil.
(2)semasa majlis ilmu diadakan, bolehkah hijab bahagian muslimat di buka ?Apa hukumnya?
Maka jawabnya, menurut pendapat ulama’, jika jumlah pelajar yang terdiri dari muslimat itu ramai maka harus belajar dengan guru lelaki tanpa ada tabir tetapi jika jumlah pelajar muslimat hanya seorang maka tidak harus kerana mendatangkan fitnah.
(3) apakah hukumnya wanita memakai wangian? Apakah yang haram dibuatnya dan yang halal?
Maka jawabnya masalah wanita memakai wangian itu ada beberapa hukum.
Jika untuk dipakai diluar rumah maka hendaklah dengan wangian yang tidak kuat baunya yaitu wangian yang tidak dapat dihidu oleh orang ramai melainkan apabila dihidu pada tempat yang diletakkan wangian itu barulah didapat atau dihidu akan baunya.
Wangian yang kuat hingga orang-orang dapat menghidu wanginya itu dengan hanya dia melalui sahaja dihadapan orang maka hukumnya adalah haram.
Jika di pakai didalam rumah maka tiada larangan dengan wangian yang kuat baunya. Dan jika disuruh oleh suaminya maka menjadi wajib pula ia memakai wangian tersebut.
(4)
1. Perlukah kita menutup kepala ketika ingin masuk ke tandas untuk membuang air besar dan kecil?
2. Berdosakah orang yang kencing berdiri?
Maka jawabnya
1. Diantara adab-adab masuk ke dalam tandas ialah dengan menutup kepala sebagaimana yang disebut didalam kitab-kitab ulama’. Oleh itu jika masuk seseorang ke dalam tandas dengan tidak menutup kepala maka hukumnya tidaklah haram cuma ia menyalahi adab-adab yang baik.
2. Jumhur ulamak berpendapat sunat seseorang itu kencing dalam keadaan duduk. Oleh itu sesiapa yang kencing dalam keadaan berdiri maka hukumnya adalah makruh dan tidak berdosa.
Rujukan Kitab Sabilal muhtadiin
(5) apakah hukumnya, mengambil wudhuk tanpa menutup aurat ( tidak pakai pakaian)
Maka jawabnya apa yang disebut oleh ulama’-ulama’ fiqh yang muktabar adalah dilarang mengambil wuduk dalam keadaan telanjang atau tanpa memakai pakaian tetapi diharuskannya semasa mandi wajib.
Tetapi wuduk yang diambil dalam keadaan telanjang atau tidak berpakaian itu adalah sah.
*apa yang ana sebarkan ini mungkin betul dan mungkin salah, sebaiknya rujuk pada alim ulama’ di sana untuk kepastian dan bila dah yakin tolonglah sebar pada yang lain, ramai lagi yang tidak tahu.
Sesiapa yang kurang faham ttg pendapat2 di atas tolong beritahu
WALLAHU’ALAM..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar