Senin, 06 Juli 2009

kongsi ilmu ttg hukum potong kuku semasa haid dan banyak lagi

(1)Apakah hukum potong kuku dan rambut semasa haid dan nifas? Adakah dibolehkan?
Maka jawabnya sebahagian ulama’ mengatakan makruh potong kuku dan rambut semasa haid dan nifas tetapi tiada nas yang jelas mengenai ini.
Pendapat yang lebih zahir sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Nawawi tidaklah makruh memotong kuku dan rambut semasa haid dan nifas, tiada larangan pun.
Jika mahu menerima pendapat sebahagian ulama’ yang mengatakan makruh boleh dan jika mahu menerima pendapat yang mengatakan tidak makruh juga boleh. Ini khilaf ulama’. Yang pasti, tiada nas yang jelas mengenai potong kuku dan rambut ketika haid. Ini pandangan ulama’.
Maka pilihlah mana-mana pendapat dan berpeganglah satu diantaranya.
(2)Bolehkah makan makanan nazar?
Maka jawabnya menurut pendapat yang muktamar, orang yang bernazar tidak boleh makan makanan yang dinazarkannya itu melainkan disebutkan di dalam nazar itu akan makan sebahagian makanan itu.
Contohnya jika disebut “aku bernazar kalau dapat pekerjaan ini kepada Allah ta’ala maka akan aku buat nasi lemak dan hantar ke masjid tengku mizan”
Jika dia dapat pekerjaan itu, maka wajib atas dia untuk buat nasi lemak dan dihantar ke masjid tengku mizan itu.
Jika disebut akhir nazar itu “dan aku akan makan sebahagiannya supaya sama-sama dapat makan untuk meraikannya” maka bolehlah makan nasi lemak itu.
(3)Bolehkan melakukan solat sunat ketika azan dilaungkan?
Maka jawabnya boleh didirikan solat sunat semasa azan dilaungkan.
Mengikut kefahaman orang yang tidak boleh mendirikan solat sunat semasa azan dilaungkan adalah salah. Boleh didirikan solat sunat contohnya solat tahiyyatul masjid semasa azan dilaungkan atau selepas azan dilaungkan.
Kata setengah ulama’, yang paling afdal ialah tunggu sehingga azan selesai dilaungkan kemudian barulah boleh didirikan solat sunat.
(4) Sahkah solat menggunakan kain atau pakaian yang terkena air mani?
Maka jawabnya sah solatnya tetapi sunat membasuh kain atau pakaian yang terkena air mani itu.
Yang tidak sah solat ialah apabila kain atau pakaian yang terkena najis maka wajib dibasuh jika mahu menunaikan solat.
Segala yang keluar dari kemaluan depan atau belakang, semua najis termasuk air mazi, air wadi, air kencing atau sebagainya wajib dibasuh dahulu sebelum dibawa solat melainkan air mani kerana air mani tidak najis.
Tetapi sesiapa yang terkeluar air mani sengaja ataupun tidak sengaja hukumnya wajib mandi untuk mengangkat hadas besar dan tidak sah solatnya selagi tidak mandi mengangkat hadas besar.
(5) Hukum berdiri ketika lagu negaraku dinyanyikan
Maka jawabnya hukumnya harus tidaklah sunat.
Yang sunatnya ialah apabila menghormati Nabi Muhammad S.A.W., ulama’-ulama’, al-Quran, para hafiz walaupun hafiz itu baru berumur 5 tahun atau umur berapa sekalipun, maka sunat bangun kata ulama’, atau menghormati orang-orang alim atau seumpamanya atau sebagainya.
Jika kerana lagu tidaklah sehingga sunat bangun sekadar harus sahaja.
*apa yg ana sebarkan mungkin betul dan mungkin salah, harap dirujuk pada alim ulama di sana dan sesudah yakin dengan kebenarannya harap di sebar pada yg lain pula, ramai lagi yg tidak tahu mengenai ini.
jika ada yg kurang faham apa yg ana nyatakan ttg pendapat2 di atas harap diberitahu, risau berlaku salah faham..
wallahu'alam..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar