Sabtu, 27 Juni 2009

pembetulan hukum mesej..

apa yg ana mksudkan dgn "contohnya bertanyakan sedang buat apa..awak minat apa atau suka warna apa atau saya suka tengok awak pakai baju ini atau itu atau seumpamanya "
bukan berrmaksud bila tnyakan soalan2 mcm ni hukumnya haram,bukan begitu ,tapi apa yg ana maksudkn dgn soalan2 ini ialah keadaan bercinta seperti kebanyakkan muda mudi sekarang dimana sms/mesej dijadikn alat memadu kasih untuk memuaskan nafsu diantara pasangan dan melunaskan keinginan dan keseronokkan semata-mata.
cthnya mcm ni,saudara semua tahu kan keadaan org yg sedang berkasih mcm mana..?tnye prkara2 seumpama ini,awk buat apa skrg?dh makan?makan apa?esk nk pakai baju apa?dh minum?minum apa?esk nk pakai baju apa?,nnti boleh la pakai baju warna sama,kn?awk suka warna apa?hijau?oo,samalah dgn saya..,cantiklah awk pakai baju tu semalam,awk pinjam dgn mak awk eh?
hmmm…mcm tu la contohnya..
Sengaja ditanya soalan2 mcm ni untuk brmanja-manjaan dan seronok2 semata2, maka inilah apa yg ana maksudkan dgn contoh2 di atas.
K,dah faham la tu… kn?
Sebenarnya kalau brmesej mcm ni dh dekatkan kita pd zina,mmg belum berzina lagi tapi mnghampiri zina itu pun dh dapat dosa belum berzina lagi,lagilah berdosa.
Dalam perkataan, harus menghindari perkataan yang merayu dan membangkitkan rangsangan. Allah berfirman:
`… Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik.` (al-Ahzab: 32)
Xmngapalah kalau mahu brtanya khabar,nk bncang psl agama,pelajaran,nk kongsi masalah,nk tnya pendapat, asalkan xlanggar syariat agama,Islam kan dh tetapkan batas pergaulan lelaki dan perempuan.
Beginilah, harus menggunakan sms untuk menanyakan perkara2 yang perlu atau berhajat dan tidak boleh lebih kepada yang bukan perlu seperti bermanja-manjaan dan berkasih-kasihan ,jelas hukumnya haram apabila mesej itu terkandung perkara2 yg boleh menimbulkan perasaan seronok nafsu syahwat,maka di situ jelas haram,seperti cth di atas.Harap faham maksud apa yg diharamkan di sini.
Sebenarnya bnyak lagi yg boleh jatuh hukum haram tapi berdasrkan situasi.
Cthnya,mesej perkara yang diharuskan,mcm bincang pasal pelajaran tapi sehingga tinggal solat asar,jadilah haram..
Islam dah menetapkan apa yg boleh dan apa yg xboleh dlm masalah prgaulan antara lelaki dan perempuan,selagi xdilanggar syariat agama maka xmngapa.
harap disebarkan,mungkin dh ada yg sebar pd org lain..
ana bgtahu kerana ada yg salah faham apa yg ana maksudkn dgn contoh2 itu..
harap bila ada kekeliruan ttg apa yg ana sebarkan terus aja bgtahu..
mesti bgtahu…ana risau apa yg ana bgtahu lain pula yg difahami..
wallahu’alam..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar