Sabtu, 27 Juni 2009

hukum merokok, dll.....

(1)Apakah hukum merokok? Adakah haram?
Maka jawabnya pendapat yang paling kuat ialah pendapat mazhab hambali iaitu haram dan pendapat yang kedua ialah makruh, ini adalah pendapat yang terkenal dalam mazhab syafi’e, itupun jika tidak memudaratkan kesihatan pada masa terdekat contohnya jika apabila merokok terus sahaja sakit dada atau batuk-batuk atau seumpamanya yang berlaku dalam masa terdekat disebabkan merokok itu maka apabila perkara ini berlaku, hukumnya kembali kepada mazhab hambali iaitu haram. Inilah jawapan yang dijawab oleh ulama’-ulama’.
(2)Apakah hukum bernashid di dalam masjid?
Maka jawabnya pertama sekali mesti faham tentang maksud nashid itu sendiri, nashid itu ialah dendangan-dendangan berirama yang disertakan dengan bunyi-bunyian di belakang, tapi bunyi-bunyian yang diharuskan pada syara’, kemudian dendangan-dendangan atau lagu-lagu itu, senikatanya memuji-muji Allah ataupun senikata yang membangkitkan semangat untuk ke medan perang maka inilah yang dipanggil nashid. Jadi hukum bernashid di dalam masjid adalah berdasarkan nashid yang dimainkan itu sendiri contohnya lagu-lagu nashid yang berirama rancak seperti Rabbani tidak boleh kerana tidak sesuai dengan keadaan di masjid, jelas tidak boleh lagu nashid yang dinyanyikan oleh wanita.
Apa yg ana faham tentang masalah ini, lagu-lagu seperti Raihan yang berirama perlahan dibolehkan.
(3) Bolehkah guna duit orang kafir untuk bina masjid? Adakah haram?
Maka jawabnya pendapat setengah ulama’ kata boleh, tiada masalah tapi yang afdal ialah duit pemberian dari orang2 yang beriman kepada Allah Ta’ala.
(4) Apakah hukumnya diletakkan/menampal ayat al-Quran atau al-Quran yang diletakkan di dalam kereta dan kemudian kereta itu parking di bawah rumah? Adakah haram kerana orang yang berada di atas rumah seperti melangkah ayat al-Quran?
Maka jawabnya tidak haram kerana ini telah difatwakan oleh ulama’-ulama’ terkenal daripada seluruh dunia.
Mengenai soalan di atas, contoh yang lain begini, jika rumah kita dua tingkat, kita letakkan al-Quran di tingkat pertama iaitu di tingkat bawah dan kita pula berada di tingkat atas, jadi seperti kita melangkah al-Quran yang berada di tingkat bawah apabila kita berada di tingkat atas, adakah haram kita meletakkan al-Quran di tingkat bawah seperti masalah di atas?
maka tidak haram, orang yang berada di tingkat atas, tidak dikira memijak atau melangkah al-Quran yang berada di tingkat bawah kerana tingkat yang di atas dikira bumi yang lain.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar