Sabtu, 27 Juni 2009

kongsi ilmu, moga sama2 dapat kongsi ilmu

(1) Adakah wajib kita ingat nama ayah Nabi kita Rasulullah S.A.W..?
Maka jawabnya wajib ke atas kita umat Islam untuk kenal nama ayah nabi kita, kalau kita tidal kenal nama ayah nabi kita maka berdosa. Ini telah dinyatakan dalam sebuah kitab, “dan bahawa (maksud “ dan bahawa” ini ialah “dan wajiblah”) ke atas kita, yakin dan beriman bahawa Muhammad anak Abdullah anak Abdul Mutalib anak Hasyim, hamba Allah Ta’ala dan Nabinya dan Rasul-Nya yang pilihan dan adalah ia (Rasulullah) kesudahan sekalian Nabi dan sekalian Rasul maka tiada Rasul dan Nabi yang baru dijadikan kemudian daripadanya”.
Maka dari penjelasan kitab ini, fardu ‘ain ke atas kita kenal nama ayah Nabi kita, jika kita tidak kenal maka berdosa. Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim Bin Abdul Manaf. Hanya dari Muhammad hinggalah bin Abdul Manaf dan inilah wajib, fardu ‘ain ke atas kita untuk diingat dan dihafal sebagai umat Islam.
Harap diteliti atau dirujuk semula nama ayah Nabi kita ini dalam bahasa arab, risau sebutannya salah, kerana nama arab apabila ditukar dalam bahasa rumi mungkin ada yang salah ejaan sebutannya.
Nama Nabi panjang lagi tapi fardu ‘ain diingat seperti di atas.
Jelas tidak wajib atas kita untuk ingat nama-nama penyanyi, nama-nama pelakon bawang putih bawang merah atau seumpamanya.
(2) Apakah aurat antara lelaki?
Maka jawabnya Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda di dalam sebuah hadis yang bermaksud “ aurat laki-laki antara pusat hingga lutut” ,
dalam riwayat yang lain pula “aurat laki-laki beriman antara pusat hingga lutut” dan dalam hadis lain menyatakan “laki-laki tiada boleh melihat aurat laki-laki”.
Berdasarkan dalil-dalil di atas maka aurat antara lelaki adalah diantara pusat hingga lutut.
PERHATIAN
Yg pertama,
untuk pengetahuan semua, setiap pendapat-pendapat & hukum-hukum yang ana sebarkan sebelum ini, sekarang dan akan datang berdasarkan apa yg ana belajar, rujukan daripada orang-orang alim di tempat ana & kebanyakkannya berdasarkan ustaz azhar idrus, penceramah di Terengganu,(boleh layarihttp://www.ustazazhar.com... atau search di youtube atau seumpamanya untuk mengenali ustaz ini atau untuk mengetahui tahap ilmunya) bukannya ana pandai-pandai menjatuhkan hukum atau pandai-pandai menggunakan akal fikiran sendiri untuk keluarkan pendapat apatah lagi menjatuhkan hukum, ini berkaitan ilmu agama bukan perkara yg boleh dibuat gurauan.
Sebaiknya jangan terus terima pendapat-pendapat ini melainkan ditanya pada yg orang alim dahulu untuk kepastian atau keterangan terperinci dan jika sudah yakin kebenarannya harap disebarkan pula pada saudara-saudara yg lain kerana ramai lagi yg tidak tahu.
Dan kepada sesiapa yang tidak faham tentang apa yang ana tulis tolong bagitahu, ana risau lain yang ana maksudkan lain pula yang difahami.
Yg ke-2
Kepada saudara-saudara yang menggunakan mazhab syafi’e boleh terus terima pendapat-pendapat yang ana sebarkan tetapi kepada saudara-saudara yang menggunakan mazhab selain daripada mazhab syafi’e jangan terus terima pendapat-pendapat atau hukum-hukum yang ana sebarkan, harap dirujuk dahulu pada orang alim di tempat saudara.
Ini kerana ada pendapat yang kita boleh terima dari mana-mana mazhab & ada ketika kita mesti terima pendapat mazhab kita sahaja, jika ingin terima juga pendapat dari mazhab yang lain ada syarat-syaratnya pula.
Tapi kepada sesiapa yg berpegang dengan mazhab selain mazhab syafi’e, bertanya dulu kepada orang-orang alim di sana begitu juga dengan apa yg ana sebarkan sebelum ini, sekarang dan akan datang terutamanya saudara-saudara di Indonesia kerana ana tidak pasti tentang apakah mazhab di sana.
Wallahu’alam..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar